Friday, June 8, 2012

Simpang Maut - Skudai

>Skudai, Johor - Pada hari ini, 6 Jun 2012,  jam lebih kurang 8.15mlm telah berlaku kemalangan di simpang masuk ke Taman Harmoni 2. Pembonceng motosikal telah dilanggar kereta jenis Myvi yang datang dari arah Gelang Patah ke Skudai meninggal dunia di tempat kemalangan. Mangsa bernama Abdullah Bin Abdul Wahab umur 28 tahun yang tinggal di Taman Universiti. Saya berasa sungguh sedih dan hampa terhadap individu-individu yang tidak mengambil berat apabila 2 tahun lalu saya dan penduduk telah memohon untuk memasang lampu isyarat di simpang tersebut.
Jalan ini terlalu gelap serta tidak mempunyai papan tanda. Jika permintaan kami ditelitikan mungkin nyawa ini telah dapat diselamatkan.
Apabila saya mengadu masalah ini kepada Dr Yb Boo Cheng Hau, beliau berkata beliau telah berbincang di dewan negeri mengenainya. Menurut beliau masalah adalah dibawah JKR . 

Ahli Majlis, Kannan berkata kos pemasangan lampu isyarat adalah memakan belanja yang tinggi iaitu 2 ratus ribu. Terdapat banyak lagi masalah di simpang tersebut seperti lampu jalan tidak terang, tiada papan tanda tiada speed reducer.

Saya akan mengambil tandatangan sokongan serta menyerahkan memorandom kepada Menteri Besar Johor pada minggu hadapan.


Terima kasih
S.Kogilavani
Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa

No comments:

Post a Comment