Saturday, August 11, 2012

CURI SISA MAKANAN PUN nak LAPORKAN kepada POLIS?

CURI SISA MAKANAN PUN nak LAPORKAN kepada POLIS? KEBODOHAN apekah itu? BODDO NOK MAPUH punya orang. Mula larh jari aku melazer pepagi neh.

Baca kat bawah neh sat ;

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.

Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.

Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri. "Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu," katanya. Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. “Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. "Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.

Aku cuma mahu makan
saja," katanya. Dia
berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang
datang membantu.
Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya pihak terlibat turun padang dan
mendekati nasib mereka yang hidup di jalanan. “Orang awam yang
menemui lelaki ini
memaklumkan kepada
saya dia mencuri dan
harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak bersalah.

"Dia sudah meminta
kebenaran untuk mendapatkan beberapa
kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya
dia dihalau.
"Dia tidak ada pilihan
melainkan mencuri kuih itu.
Dia mencuri kerana dia
lapar dan bukan kerana dia
mahu melakukan jenayah. Dalam soal ini di manakah peranan orang ramai serta
badan yang bertanggungjawab?,"
katanya. -SH-

Orang awam yang suruh bawa pi
balai tue bangang gamaknya. Dia taktau apa rasanya lapar. Orang2 macam tue mesti tak pernah hidup miskin dan hidup susah.
Orang yang pernah hidup miskin, yang takde duit nak beli makanan kat kantin sekolah, yang kena balik
jalan kaki bila tertinggal bas sekolah sebab takde duit tambang, yang hanya mampu tengok kawan2 berbangga dengan baju sekolah baru dan kasut baru, yang hanya dapat baju baru setahun sekali je boleh faham kehidupan orang2 gelandang macam ni. Lapar bukan satu perkara yang bagus untuk dikenangkan. Bahkan
tak bagus langsung untuk di
alami. Takde mana2 manusia di
dunia ni yang nak merempat
mengemis makanan kat orang lain. Tapi kalau dah jumpa or terserempak dengan orang macam ni, bagi aje la !! Bukan
ko susah apa pun kalau dia makan. Sisa makanan aje pun. SISA,Bukan makanan betul ! Dah tue terjadi kt tempat ibadat pulak tu.
Bukan nak tuduh2 bhai. Tapi aku percaya orang awam = orang islam. Dan tersangatlah sakit hati aku melihat perangai orang islam
macam ni. SAMPAH ! Macam mana la orang tak pandang hina, buruk dan serong terhadap umat islam. Pasal makan sisa pun nak kecoh bagai.

Puihhhh !!

By
Abbdullah DotMy
http://www.facebook.com/dollah.ismail

Friday, August 3, 2012

Waytha Meets Suppoters - Full speech



After a press conference at Mount Austin, Waythamoorthy met Johor Bahru supporters at Sri Mariamman Temple, Taman Dato Chellam, Ulu Tiram. He briefly explained his mission and what is the next plan of Hindraf.